Monday, February 9, 2009

Peribahasa bermula dengan huruf D (^__^)

1)Dahan pembaji batang..........Menggunakan harta benda tuannya.

2)Dalam berselam, dangkal berjingkat........Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

3)Dalam dua tengah tiga.........Tidak jujur.

4)Dalam rumah membuat rumah..........Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

5)Dapat kijang teruit.........Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

6)Dapur tidak berasap........Terlalu miskin.

7)Darah setampuk pinang...........Belum berpengalaman.

8)Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata..........Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.

9)Dari lecah, lari ke duri.............Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.

10)Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh...........Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.